BM ENG

AMANAT WIRA

Sama ada dari segi dorongan, perjuangan, semangat kenegaraan atau sokongan, ketahui bagaimana para atlet negara berusaha untuk mencapai kejayaan mereka hari ini.


Walaupun bergelut dengan kecederaan, Irfan tekad berusaha untuk menyumbang emas pada KL2017. Pemenang dua pingat emas pada edisi Sukan Sea terdahulu ini tidak mengenal erti putus asa. Ketahui bagaimana dia memotivasikan dirinya untuk bangkit dan berjuang setiap hari demi negara.


Farah Ann Abdul Hadi adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena sukan negara. Atlet gimnastik artistik yang telah menyumbang 2 pingat emas pada temasya Sukan Sea yang lalu ini berkongsi bagaimana sokongan yang diberikan kepadanya oleh semua rakyat Malaysia menjadi pendorong untuk dia terus berjuang untuk negara. Beliau berazam untuk mengulangi pencapaiannya di KL2017 dengan sokongan lebih padu Team Malaysia.


Para atlet memperolehi semangat hasil sokongan dan dorongan dari yang tersayang serta sasaran persendirian mereka. Sebab itulah mereka adalah kebanggaan kami, selamanya.


Para atlet berlatih dan berjuang sehabis baik demi meraih kemenangan dan pingat emas untuk Malaysia. Sebab itulah mereka adalah kebanggaan kami, selamanya.

Jiwa Atlet Dalam Diri

Kenali rakyat-rakyat Malaysia yang menjadikan sukan satu keutamaan dalam kehidupan mereka dalam usaha untuk memperbaiki diri mereka secara mental dan fizikal.


Segala-galanya berubah bagi Mohd Sharifuddin pada Disember 2011. Setelah malang menimpa dirinya, dia berjaya mencungkil bakat baru dalam sukan maraton berkerusi roda. Semangat dan kesungguhannya memberikan definisi baru kepada "OKU".


Setelah menerima berita buruk, Alicia bertekad untuk berubah. Usia tidak menjadi penghalang untuk dia terus bergiat aktif dalam yoga. Setiap perjalanan bermula dari langkah pertama dan inilah cerita perjalanan hidup baru Alicia.


"Tiada apa yang kita tidak tahu. Tiada apa yang tidak boleh dicapai." Walaupun mengalami pelbagai dugaan dan cabaran, Azrul tidak berputus asa dan menggunakan ia sebagai motivasi untuk kembali berlari.


Tidak kira apa yang menimpa, kita yang harus menentukan nasib diri kita sendiri. Bersama Khairull Hafiz, mari teruskan perjalanan sebagai Team Malaysia dan tunjukkan kepada dunia siapa kita.

WIRA TEAM MALAYSIA

Kisah-kisah semangat kesukanan dan pengorbanan rakyat Malaysia yang sentiasa pergi lebih jauh demi membentuk generasi masa depan agar membudayakan sukan.


Dengan setiap langkah yang diambil, Suwaibah Nasir terus berlari demi cintanya terhadap sukan. Melalui misi keamanannya, dia berharap untuk sentiasa membantu mereka yang memerlukan, di Malaysia dan seluruh dunia.


Semangat dan harapan yang dipupuk oleh jurulatih bola tampar, Loh Ai Min kepada pelajar-pelajarnya tidak berbelah bagi. Kesungguhan & tahap disiplin yang diberikan oleh pelajar-pelajarnya memberikan motivasi dan kepercayaan kepada jurulatih berdedikasi ini. Saksikan kisah Loh Ai Min.


Lee Shew Keng adalah contoh bahawa kegagalan bukan akhir dari segalanya. Tidak kira usia atau keupayaan, janji kita mencapai matlamat kita bersama sebagai Team Malaysia!


Rakyat Malaysia yang sebenar akan menyokong antara satu sama lain ke arah negara yang lebih bersatu. Sertai kami dan Leo Vincey dalam misi untuk bangkit bersama sebagai Team Malaysia.

SOKONGAN PADU

Ketahui rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada negara yang tercinta di arena sukan antarabangsa.


Apakah erti sebenar perpaduan? Tiga rakyat Malaysia cuba memberikan definisi perkataan yang mendalam itu dengan mengenang kembali saat-saat bersejarah kemenangan Piala Thomas pada tahun 1992.


Tidak kira di mana anda berada, semangat kesukanan rakyat Malaysia boleh dirasai. Empat individu saling berkongsi pengalaman peribadi mereka semasa menjadi saksi kepada detik kemenangan Malaysia semasa Olimpik di Rio 2016.

TEAM MALAYSIA, SELAMANYA!

Ahli-ahli Team Malaysia sudah bersedia untuk melaungkan seruan rasmi KL 2017!


Sokongan padu dan sorakan membara dari peminat terbukti membantu prestasi atlet-atlet semasa mereka bertanding. Saksikan bagaimana ahli-ahli Team Malaysia bersiap-sedia untuk memberikan laungan terkuat untuk atlet KL2017.


Meskipun seorang OKU, semangat Suhazli Muhamad jelas tertera pada riak mukanya. Dia menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk hadir ke KL2017 serta terus menyokong para atlet negara demi meraih kejayaan.


Lee Yee Xuan mungkin seorang pelajar biasa, tetapi cintanya terhadap Malaysia telah mendorongnya untuk menyokong atlet negara semasa KL2017. Melalui Team Malaysia, dia berlatih untuk melaungkan sokongan dan memberikan semangat sepenuhnya sepanjang temasya.

Jom gemuruhkan suara!

Berikan sorakan yang terbaik!

VIP

LRT

Stadium

Nelayan

Bas Sekolah

MEMPERSEMBAHKAN SORAKAN TEAM MALAYSIA

Tunjukkan belangmu dan gemuruhkan suaramu! Ikuti seruan ini untuk menyokong atlet negara sepenuhnya!

Better, Faster, Stronger

Go Malaysia Go

It's Okay, It’s Alright

Malaysia Boleh

Walau Menang, Atau Kalah

Kisah Pasukan Sorak

LARIAN OBOR

Saksikan sorotan Larian Obor yang telah berlangsung dari 13 Mei hingga 12 Ogos 2017.

Menara TM
Menara KL
Shah Alam
Terengganu
Kedah
Sarawak
Sabah
Negeri Sembilan
Johor Bahru